KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bersyukur kerana Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, dapat bersatu dengan keluarganya pada Aidilfitri, yang berjaya dibawa keluar dari Gaza.
Semalam, Anwar dalam hantarannya di Facebook rasmi miliknya mengatakan penghargaan terhadap Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan Kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan, dalam misi membawa keluarga Muhammad Nadir Al-Nuri keluar dari kawasan yang penuh dengan tembakan dan bom.
Dalam hari yang sama, Nadir Al-Nuri ada juga menulis dalam hantarannya di Facebook berkenaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mempunyai peranan utama dalam misi membawa keluar keluarganya dari Gaza, saat kawasan Palestin sentiasa diserang oleh pihak zionis negara haram Israel yang kejam.
Hantaran yang dikongsikan bertajuk “183 Hari Yang Panjang”.
Nadir berkata dalam hantarannya, sehari sebelum aidilfitri beliau dihubungi oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi yang meminta beliau datang ke satu lokasi rahsia yang membenarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby berada dalam kawasan yang sama.
“Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.”
“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan,” ujarnya.
Beliau menyifatkan misi membawa keluarganya itu merupakan “Misi Gila” kerana ianya bukan satu proses mudah untuk membawa keluar keluarganya di Gaza.
Proses misi tersebut dikatakan berjalan dengan cepat, teratur dan lancar meskipun dipenuhi dengan 1,001 cabaran tersirat, ujarnya.
“Kisahnya akan keluar satu demi satu, tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan. Tetapi watak utama dalam ‘misi gila’ ini ialah Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!,”
Beliau juga mencucapkan terima kasih kepada Anwar, Dr Ahmad Sani dan semua pihak yang membantu menjayakan prsoes mengeluarkan keluarga beliau dari Gaza.
Untuk membaca artikel berkaitan Perdana Menteri, klik DI SINI
SUMBER : BERITA HARIAN , BERNAMA, FACEBOOK

