PUTRAJAYA, 16 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sudah tiba masanya sistem penyampaian perkhidmatan awam negara menjalani ‘reformasi total’ — demi memastikan pentadbiran yang lebih cekap, telus dan berintegriti.
Dalam hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar berkata bahawa langkah-langkah mendesak ini adalah penting untuk menjamin kemakmuran negara dalam jangka panjang, menarik keyakinan pelabur luar dan dalam negara, serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan nombor satu kerajaan.
“Kesejahteraan rakyat mesti kekal menjadi teras utama dalam setiap dasar dan pembangunan negara,” katanya.
Seruan ini selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk memacu transformasi pentadbiran awam ke arah yang lebih progresif dan mesra rakyat.
