Kuala Lumpur – Nama Yusoff Rawther kembali menjadi sensasi dan kali ni bukan kerana kenyataan kontroversi tapi asbab dakwaan yang agak kurang waras bunyinya, kononnya beliau dikaitkan dengan agensi perisikan Israel, Mossad.
Dakwaan ini timbul di media sosial, selepas netizen mula berbuat spekulasi tentang ‘hubungan luar negara’ Yusoff dan peranannya dalam politik tempatan. Tidak lama selepas tu, satu NGO bernama Pertubuhan Pembela Negara (PPN) kini tampil membuat sidang media dan meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
“Kalau dakwaan ni betul, ini isu keselamatan negara. Kita tak boleh tinggal diam,” kata Presiden PPN, Azman Harun.
Menurut Azman, mereka tidak menabur tuduhan sembarangan tapi apabila sudah disuarakan oleh rakyat, beliau mengambil tindakan untuk bersuara dan pihak polis harus mengambil serius isu ini. NGO tu juga sudah menghantar memorandum rasmi ke Bukit Aman petang tadi.
Tidak ada bukti kukuh pun yang boleh dikemukakan buat setakat ni. Cuma spekulasi dan klip lama yang dikitar semula tapi ramai terbuka mata setelah isu ini dikaitkan dengan Mossad.
Yusoff pun setakat ni masih belum beri apa-apa respon. Dia memang dikenali suka lantang bersuara kerana berpengalaman dalam buat laporan terhadap nama-nama besar politik jadi apabila nama Yusoff dikaitkan dengan “agensi asing”, terus mendapat perhatian ramai.
Ketua Polis Negara ambil maklum, Tan Sri Razarudin Husain kata “polis belum terima laporan rasmi berkaitan dakwaan ini tapi mereka akan semak dokumen yang NGO tu hantar. Kalau ada asas, baru siasatan dijalankan”
Kesimpulannya, dakwaan masih belum sahih tapi bila dah melibatkan isu keselamatan negara, memang wajar untuk disiasat. Walau bagaimanapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak berkuasa dan dari pihak Yusoff sendiri. Jangan terus percaya bulat-bulat, saring dulu sebelum kongsi.
