TEL AVIV – Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata beliau akan gencatan senjata sementara ingin dicapai dan dipersetujui oleh kumpulan pejuang Hamas bagi tujuan pembebasan tebusan, Israel akan tetap meneruskan perangnya terhadap kumpulan pejuang tersebut di Palestin.
Dalam ulasan pada Selasa lalu menjelang undian kabinet yang dijangkakan mengenai cadangan gencatan senjata, Netanyahu berikrar dan tekad untuk meneruskan perang ke atas Palestin.
“Di luar banyak cakap kosong, seolah-olah selepas kita berhenti (gencatan senjata), untuk pembebasan tebusan, kita akan menghentikan perang.
“Saya ingin menjelaskan di sin, kita (Israel) sedang berperang dan kita akan terus berjuang, teruskan berjuang sehingga kita mencapai semua matlamat kita,” katanya.
Kabinet Israel dijangka mengundi rancangan menghentikan serangan Israel di Gaza selama beberapa hari sebagai pertukaran untuk membebaskan kira-kira 50 daripada 240 tebusan yang ditahan oleh Hamas.
Israel telah berikrar untuk meneruskan perang sehingga keupayaan ketenteraan Hamas dimusnahkan dan semua tebusan dikembalikan.
Kenyataan Netanyahu menyusul ketika mana Israel dan Hamas kelihatan hampir mencapai perjanjian untuk menghentikan sementara perang mereka selama enam minggu agar berpuluh-puluh tebusan yang ditahan di Semenanjung Gaza boleh dibebaskan sebagai pertukaran dengan penduduk Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Sumber: Astro Awani
