Phnom Penh, 26 Julai – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menjelaskan bahawa terdapat beberapa laporan kurang tepat daripada media antarabangsa berhubung rundingan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN semasa.

Hun Manet menegaskan bahawa ASEAN sentiasa komited mencari jalan damai melalui pendekatan diplomasi dan kerjasama serantau. “Cadangan gencatan senjata yang dibangkitkan oleh PM Anwar adalah selari dengan pendirian ASEAN untuk meredakan ketegangan dan mencari penyelesaian secara aman,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau turut menyeru media antarabangsa agar lebih berhati-hati dalam melaporkan isu berkaitan, terutamanya yang melibatkan rundingan sensitif di peringkat serantau.