SUNGAI SIPUT – Remaja lelaki yang ditahan semalam berkaitan kes bunuh budak orang asli yang bernama Nuraina Humaira Rosli, 10, di Kampung Bersah akan direman selama seminggu.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan memberikan kebenaran permohonan polis untuk menahan reman suspek yang berusia 17 tahun bermula pada 19 Ogos sehingga 25 Ogos bagi sedikit sebanyak membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Remaja yang ditahan reman itu juga merupakan saudara terdekat mangsa tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput, disini jam 8.30 pagi semalam dengan berpakaian baju-T biru gelap dan seluar sukan gelap sebelum dibawa keluar.
Pada 17 Ogos, mayat Arwah Nuraina itu ditemukan di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah jam 4.20 petang, hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak jumaat.
Superintenden Mohad Khaizam Ahmad Shahabudin yakni Ketua Polis Daerah Sungai Siput melaporkan bahawa proses bedah siasat dijalankan dan berjaya menemukan kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput juga menunjukkan terdapat beberapa kecederaan akibat tekanan pada leher mangsa.
“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak ini yang mempunyai masalah pendengaran dan lembam telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemui,” katanya.
SUMBER – BERITA HARIAN


