SUSPEK BERHUBUNG DENGAN CIKGU ISTIQOMAH ATAS PELABURAN FOREX – Ketua Polis Daerah Alor Gajah

ALOR GAJAH – Seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi didapati mempunyai kaitan dengan mangsa melalui urusan pelaburan Forex.

@negaranews

BERITA – Pada 6 Januari lalu, pihak media melaporkan bahawa mayat Cikgu Istiqomah ditemui oleh orang awam kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember. Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, dengan kain merah menutupi badan. Kepala, kedua-dua kaki hingga paras lutut, dan tangan mangsa dipercayai telah dipotong. Suami kepada mendiang Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, Mohd Yusoff Mokhtar, 35, mengungkapkan bahawa isterinya adalah seorang yang suka membantu dan sangat pemurah, terutamanya kepada rakan-rakannya. SUMBER : SINAR HARIAN/BULETIN TV3 Klik link di bio untuk membaca artikel penuh. #istiqomah #alorgajah #kejam #viral #negaranews

♬ original sound – Negara News – Negara News

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, suspek berusia 37 tahun yang sudah berkahwin itu telah direman sejak 6 Ogos lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek merupakan bekas guru dan kenalan mangsa ketika zaman persekolahan. Mereka berhubung semula kerana urusan pelaburan Forex,” katanya kepada pihak media semalam.

Terdahulu, media melaporkan bahawa tempoh reman suspek telah dilanjutkan selama tujuh hari bermula Selasa untuk membantu siasatan dalam kes pembunuhan guru Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor, Istiqomah Ahmad Rozi, 33 tahun.

Perintah reman sehingga Isnin depan dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Shu Yee terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun itu.

Sebelum ini, suspek dan isterinya yang berusia 36 tahun telah direman dari 6 hingga 12 Ogos, namun isterinya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

Pada 6 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa mayat Cikgu Istiqomah ditemui oleh orang awam kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember.

Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, dengan kain merah menutupi badan. Kepala, kedua-dua kaki hingga paras lutut, dan tangan mangsa dipercayai telah dipotong.

“CIKGU ISTIQOMAH PERMURAH, BERI KENALAN PINJAM WANG” – Suami cikgu Istiqomah

Suami kepada arwah Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, Mohd Yusoff Mokhtar, 35, mengungkapkan bahawa isterinya adalah seorang yang suka membantu dan sangat pemurah, terutamanya kepada rakan-rakannya.

Menurut Mohd Yusoff, isterinya pernah membuat pinjaman bank sebanyak RM19,400 pada September tahun lalu, dipercayai untuk dipinjamkan kepada seorang kenalan lelaki sebelum beliau dilaporkan hilang.

Mohd Yusoff mendedahkan bahawa suspek telah mengajak isterinya untuk menyertai satu perniagaan, yang mana kemudian wang pinjaman tersebut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

“Kenalannya tiba-tiba muncul dan kerana sikap pemurahnya, Istiqomah membuat pinjaman bank dan menyerahkan RM19,400 kepada lelaki itu. Selepas itu, lelaki tersebut ada membuat bayaran balik sebanyak RM371 pada bulan berikutnya sebelum mengajak Istiqomah untuk bertemu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Mohd Yusoff menjelaskan bahawa pertemuan itu dipercayai bertujuan untuk mengajak isterinya menambah pelaburan, namun Istiqomah menolak.

Tambahnya lagi, semasa pertemuan tersebut, isterinya ada memakai seutas gelang tangan emas yang merupakan hadiah dari arwah neneknya dan dianggarkan bernilai RM40,000.

“Hati saya remuk apabila mengetahui isteri tersayang yang hilang sejak lapan bulan lalu ditemukan dalam keadaan tragis dan menyayat hati. Malah, gelang tangan yang dipakainya turut hilang dalam kejadian itu,” katanya lagi.

Mohd Yusoff turut meluahkan rasa tidak sangka bahawa pembunuh sanggup bertindak kejam sehingga menyebabkan tiga anak mereka yang berusia 4, 6, dan 9 tahun kini membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.

Beliau juga memberitahu bahawa keluarga masih menunggu kebenaran daripada pihak polis untuk menuntut jenazah Istiqomah di Hospital Melaka sebelum dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

“Walaupun pahit untuk diterima, saya reda dengan ketentuan Allah SWT dan berharap pelaku dikenakan hukuman yang setimpal,” ujarnya.

SUMBER : SINAR HARIAN 1, SINAR HARIAN 2