KUALA LUMPUR – Susulan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam, stadium tersebut dipenuhi oleh rakyat Malaysia berbilang kaum menyaksikan kumpulan yang berasal dari United Kingdom tersebut membuat persembahan.
Meskipun konsert tersebut mendapat sambutan di Malaysia, namun sebelum ini isu berbangkit bahawa konsert Coldplay yang akan dijalankan tidak sesuai dengan masa kini kerana saudara kita di Palestin sedang diserang bertubi-tubi oleh negara haram Israel dan respon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut.
Anwar menyatakan bahawa Coldplay merupakan antara salah satu kumpulan penyanyi yang menyokong Palestin, dan beliau berkata ingin berbincang lebih lanjut perkara tersebut dengan mufti.
Fahmi Fadzil, yang merupakan Menteri Komunikasi dan Digital dalam kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sudah ada persetujuan dengan penganjur akan memastikan mereka mematuhi perkara-perkara yang digariskan dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP).
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah sebelum ni ada menggesa pembatalan konsert tersebut atas sebab tidak mendatangkan manfaat kepada negara dan kumpulan penyanyi tersebut dikenali juga sebagai kumpulan yang menyokong LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).
Fahmi menegaskan semalam bahawa isu yang diutarakan oleh mufti tersebut hanyalah pandangan, dan bukannya fatwa.
Beliau juga akan memastikan suiz pemati (kill switch) akan digunakan jika penganjur dan kumpulan penyanyi tersebut melanggar garis panduan mengikut Garis Panduan PUSPAL (GPP) yang telah dibincangkan.
Berlangsung konsert tersebut dengan jayanya semalam dan Coldplay mengucapkan penghargaan terhadap kerajaan Malaysia kerana membenarkan mereka membuat persembahan di negara kita.
Chris Martin yang merupakan vokalis Coldplay mengatakan mereka merasa rugi kerana tidak datang ke Malaysia kerana sambutan yang baik oleh rakyat Malaysia terutamanya peminat mereka.
“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia,
“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” ujar beliau semasa konsert itu berlangsung.
SUMBER : BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA


