KUALA LUMPUR – Tidak asing lagi jika disebut berkenaan tragedi kapal terbang Malaysia, mesti MH370 dan MH17 bermain di fikiran. Namun, hari ini sudah genap 10 tahun yakni sedekad tragedi MH17 yang terjadi pada 17 Julai 2014.

@negaranews

Memperingati Tragedi MH17 : Genap Sedekad Tidak asing lagi jika disebut berkenaan tragedi kapal terbang Malaysia, mesti MH370 dan MH17 bermain di fikiran. Namun, hari ini sudah genap 10 tahun yakni sedekad tragedi MH17 yang terjadi pada 17 Julai 2014. SUMBER VIDEO : ASTRO AWANI Klik link di bio untuk membaca artikel penuh. #malaysiairlines #mh17 #mh370 #malaysiatiktok #ukraine #russia #negaranews

♬ original sound – Negara News – Negara News
SUMBER : NEGARANEWS (TikTok)

Pesawat Boeing MH17 dengan kelebaran 6.09 meter dan 60.9 meter panjang milik Malaysia Airlines itu ditembak oleh peluru berpandu BUK di ruang udara Ukraine sejurus selepas berlepas dari Lapangan terbang Schipol di Amsterdam, sebelum terhempas di wilayah Donetsk, timur negara itu dan seramai 298 nyawa terkorban dalam insiden itu.

Difahamkan 298 mangsa itu terdiri dari 17 negara termasuk 198 warga belanda, 43 warga Malaysia, 38 dari Australia dan 10 dari United Kingdom.

Semasa tragedi MH17 ini terjadi, kokpit kapal terbang menerima hentaman awal apabila ia ditembusi dengan serpihan peluru manakala bahagian lain pesawat itu berkecai sebelum jatuh ke tanah.

Info tambahan, pesawat MH17 dibina pada 1997 dan mempunyai rekod penyelenggaran yang bersih dan kali terakhir diperiksa adalah pada 11 Julai 2014, enam hari sebelum ditembak jatuh.

Pada 17 November 2022, Mahkamah Daerah Hague menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua bekas ejen perisikan Rusia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta pemimpin pemisah Ukraine Leonid Kharchenko selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan menyebabkan nahas MH17 dan membunuh kesemua 298 orang di dalam pesawat.

Jumlah 298 yang terkorban itu termasuk dengan 283 penumpang, dan 15 anak kapal.

Bagaimanpun, mahkamah membebaskan seorang lagi rakyat Rusia, Oleg Pulatov atas tuduhan sama.

Tragedi ini berlaku empat bulan selepas terjadinya insiden MH370 yang hilang dari radar dan tidak ditemui sehingga ke hari ini. 2014 merupakan tahun gelap bagi keluarga mangsa yang terlibat, dan lebih lebih lagi rakyat Malaysia.

SUMBER : BERNAMA, BERITA HARIAN