KUALA LUMPUR – Seorang bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui mati di kawasan berhampiran Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun tersebut ditemui sekitar jam 6 petang semalam. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis percaya bahawa mangsa telah dibunuh oleh seseorang yang dikenali olehnya.

Itulah kata kata yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi oleh pihak media untuk mengesahkan penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

KENYATAAN MEDIA POLIS KONTINJEN SELANGOR – SUMBER : BERNAMA

Sebelum ini, pihak media telah melaporkan bahawa seorang gadis dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 1.56 pagi, 10 Julai yang lalu.

Kali terakhir dia dilihat adalah ketika memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

SUMBER : @puterizaira, Rakan Farah Kartini

SEORANG PENJAWAT AWAM DITAHAN REMAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN

Seorang penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini , tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi permohonan reman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah gadis yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

“Susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pihak media.

Innalillah, dan al-fatihah. Sama-sama kita doakan supaya kes ini diselesaikan dengan teratur dan semoga keluarga arwah kuat menghadapi cabaran ini.

SUMBER : BERNAMA, BERITA HARIAN, ASTRO AWANI