KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan ulasan berkenaan isu agama masa kini dan juga membantu isterinya Aisyah Hijanah dalam bisnes, Alif Teega mengumumkan bahawa beliau telah sah bergelar suami kepada isteri keduanya pada 18 November yang lepas.
Dalam satu hantaran terbaharu Alif Teega di media sosial Instagram miliknya, dia mengesahkan bahawa dia sudah akad nikah mengkahwini isteri keduanya, yang tidak diberitahu maklumat lanjut.
“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita itu adalah benar. Saya sudah pun bernikah.
“Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini,” ujarnya di media sosial Instagram.
Isteri pertamanya, Aisyah Hijanah turut membuat hantaran baru di media sosial Instagram atas luahan perasaannya selama ini.
Alif dan Aisyah telah menubuhkan keluarga pada tahun 2017 dan diberkati dengan dua orang anak.
Pada bulan Oktober yang lalu, Aisyah mendedahkan bahawa perkahwinan mereka sedang diuji oleh pihak ketiga, yang ternyata juga merupakan rakan kerjanya sendiri.
Aisyah turut memberitahu bahawa dia juga membawa Alif berubat setelah disyaki terkena penyakit mata selain daripada gangguan sihir yang memisahkan mereka.
Seakan-akan nampak dua dua belah pihak bersetuju walaupun ada desas-desus mengatakan perkahwinan dengan isteri keduanya ini berpunca dari hubungan dengan rakan sekerja dan baru sahaja tular adik kepada Aisyah Hijanah mengeluarkan kenyataan bahawa Alif Teega merupakan seorang suami yang “dayus” sebelum ini.
Akan tetapi, akaun Instagram rasmi adik Aisyah Hijanah tersebut sudah diletakkan dalam mod “private”.
Sejauh mana kebenaran perkongsian adiknya di laman media sosialnya masih menjadi tanda tanya.
Sama-sama kita mendoakan supaya semua pihak dipermudahkan urusan dan semoga kebenaran yang sebenar terserlah.
SUMBER : HARIAN METRO
