Kurang 24 jam selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang gemilang berakhir, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah kembali ke pejabat di Putrajaya.
Selesai mengemudi sidang kemuncak yang mencatatkan kejayaan diplomatik besar (termasuk penyertaan Timor-Leste & Perjanjian Damai KL), PM Anwar membuktikan bahawa perkataan ‘penat’ tiada dalam kamus harian beliau.
Beliau berkongsi gambar sedang bekerja dengan hashtag #MADANIbekerja, menerima pujian meluas daripada rakyat atas dedikasi yang luar biasa!
