Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, tampil menjawab tegas dakwaan kononnya perjanjian dagang Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) bakal menjejaskan kedaulatan negara.

“Cerita tu memang tak betul. Tak ada perjanjian yang jejaskan kedaulatan kita,” katanya.

Fahmi menjelaskan, semua rundingan antarabangsa dilakukan secara terbuka, telus dan di bawah pemantauan Kabinet. Tiada sebarang perjanjian, katanya, yang dibuat secara rahsia atau boleh menjejaskan dasar negara.

Isu ini jadi bualan hangat di media sosial selepas ada pihak mendakwa kerajaan terlalu “mesra” dengan Washington. Namun Fahmi menegaskan, kerjasama ekonomi dengan mana-mana negara penting untuk buka peluang pelaburan dan pekerjaan baharu buat rakyat.

“Kita bukan tunduk pada sesiapa, tapi guna diplomasi untuk kuatkan Malaysia,” ujarnya.

Ramai netizen menyokong kenyataannya, dengan ramai berpendapat Malaysia perlu kekal terbuka tetapi bijak mengawal kepentingan nasional.

Satu mesej jelas dari beliau,buka pintu pada dunia, tapi jangan biar sesiapa pijak maruah kita.