KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Mega Karnival Tiga Dimensi (MK3D) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), yang menjadi platform pemerkasaan ekonomi desa terbesar negara. Acara lima hari ini menghimpunkan lebih 1,000 usahawan desa di bawah inisiatif Felda, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Anwar menegaskan, Felda kini bergerak sebagai ekosistem ekonomi desa yang lebih moden dan bersepadu, merangkumi pertanian pintar, digitalisasi, TVET, serta keusahawanan belia. “Kita mahu generasi baharu Felda bukan sahaja berjaya di ladang, tetapi mampu menjadi pemain utama dalam ekonomi digital dan kreatif,” katanya.

Karnival ini dijangka menarik lebih 2 juta pengunjung dengan sasaran transaksi mencecah RM209 juta. Pelbagai program interaktif seperti pertandingan e-sukan, pameran perumahan generasi baharu, sukan rakyat, dan showcase orkestra MRSM Felda yang pernah memenangi emas di Prague menjadi tarikan utama