ASEAN KE 42

Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo tidak menjadi penghalang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat membuat kunjung hormat dan pertemuan bilateral bersama rakan rakan sejawatnya di rantau ASEAN.

Beliau juga mengadakan kunjungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah. Semasa kunjungan hormat beliau menyampaikan hasrat dimana selaku tuan rumah agar dapat melihat Bandar Seri Begawan menghadirkan diri dan keterlibatan dalam Annual Leaders’ Consultation (ALC) pada tahun ini.

Antara topik yang dibincangkan ialah bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara.

May be an image of 4 people, the Oval Office and text

Seterusnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan keterbukaan Malaysia kepada bilateral dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh untuk menerima kehadiran delegasi ke Putrajaya sempena ulang tahun ke-50 untuk kedua-dua negara

Isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia juga disentuh dalam perbincangan itu dimana Malaysia dapat setegasnya ditangani.

Dalam kata sepakat bersama pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari laos Sonexay Siphandone untuk bekerjsama dalam bidangan seperti perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan dan industri agrikultur.

Perbincang itu juga menyentuh keperluan agar dapat meningkatkan peluang kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, agrikultur dan bidang pembuatan makanan yang menuntut kebersamaan serta komitmen berterusan kedua-dua negara.