puting beliung

PAGOH – Semalam, satu video TikTok dari pengguna yang bernama @anna0001114 berjaya merakam puting beliung “mini” semasa dia melalui sebuah lebuhraya.

@anna0001114

Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan2. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu.

♬ original sound – Annaaaaa. – Annaaaaa.

“Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan2. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu.” – ujarnya.

Menurutnya, perkara yang mengejutkan itu berlaku di lebuhraya Pagoh, Johor ketika dia menjawab soalan di bahagian komen.

  • puting beliung
  • puting beliung
  • puting beliung

Terdapat beberapa komen netizen yang menarik untuk dilihat, sebagai contoh pengguna Tiktok dengan nama “Kakak Jelita” bertanyakan soalan tentang apa yang perlu dibuat sebenarnya kalau ada dalam situasi tersebut.

Ada yang balas dengan berkata “Teruskan memandu dengan jarak selamat dan ambil lorong kanan sebab kalo boleh nak elakkan jarak dengan pokok. Jangan berhenti kenderaan jika jalan sempit”.

Ada juga netizen lain yang memberi kata kata seperti ; “First jgn panik. Behenti amik jarak. Slow2 cari laluan selamat jauh dr laluan tordano. Jangan skali2 kuar kerana angin tu akan bawa benda2 yg bahaya bertebangan dlm tu”.

Kebanyakkan dari netizen yang memberi komen, majoriti memberi nasihat supaya andai kata ada orang lain akan menghadapi situasi yang sama mereka akan lebih berhati-hati dan tidak panik.

Selain itu, ada netizen menulis komen bertanya berkenaan ; “petang semalam ke sis.. Sy masuk higway pagoh dalam kul 4… penuh sampah dgn pelepah atas jalan… masa tu Masih hujan lagi…”.

Pemilik video menjawab soalan dengan mengatakan video tersebut sebenarnya dirakam pada hari Sabtu yang lalu ketika melalui lebuhraya di kawasan Pagoh.

Untuk info tambahan, terdapat netizen yang mengatakan punca berlakunya puting beliung “mini” tersebut kerana kawasan tersebut merupakan kawasan angin lintang.

  • puting beliung

Setakat ini, video tersebut mendapat likes berjumlah 13.5K, komen sebanyak 472 dan tontonan berjumlah 717.3K.

SUMBER : TIKTOK , LOBAK MERAH , NEGARANEWS