ENGLAND – Pagi tadi berlangsungnya perlawanan Piala Liga Inggeris pusingan keempat dimana Manchester United dan Arsenal tersungkur dengan masing masing bolos 3 gol.

Kita diperlihatkan Manchester United tewas 3 – 0 menentang Newcastle United, hasil jaringan Miguel Almiron, pemain pinajaman dari Chelsea, Lewis Hall dan Joe Willock.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut di stadium sendiri, Old Trafford dan skuad bimbingan Erik Ten Hag tersebut mendapati sukar untuk mendapatkan momentum yang konsisten untuk menjanjikan prestasi yang baik dalam setiap perlawanan.

“Ini (prestasi) tidak cukup baik, dan kami tahu.”

“Kami berada dalam permainan dan beberapa minit kemudian kami seolah-olah memberikan kemenangan perlawanan itu kepada pihak lawan.”

“Itu di bawah standard kami dan kami perlu bertanggungjawab dalam hal ini.” katanya dalam satu temu bual ringkas menerusi media sosial rasmi Instagram Manchester United.

Selain itu, Arsenal juga tewas ditangan West Ham United dengan skor 3 -1 di stadium London.

Gol Ben White pada minit ke-16 ke dalam jaring pasukan sendiri meruntuhkan semangat skuad bimbingan Mikel Arteta pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Arsenal dihukum dengan dua gol hasil jaringan pemain terbaru West Ham, Mohammed Kudus dan Jarod Bowen.

Arsenal mendapatkan gol “sagu hati” pada masa tambahan, diusahakan oleh kapten Arsenal sendiri, Martin Ødegaard.

Keputusan lain diikuti dengan perlawanan antara Liverpool dan Bournemouth yang disajikan dengan jaringan Cody Gakpo dan Darwin Nunez yang membantu Liverpool, juara sembilan kali, meraih kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth.

Chelsea mengalahkan Blackburn Rovers dengan skor 2-0, Everton mengatasi Burnley dengan skor 3-0, sementara Fulham berjaya menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Ipswich Town, dengan skor 3-1.

Pasukan Port Vale dari divisyen tiga, yang menang 3-2 ke atas Mansfield Town awal pagi semalam, adalah pasukan dengan ranking paling rendah yang berjaya terus bersaing.

Kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough, juga berjaya melangkah ke pusingan lapan terakhir selepas mengalahkan Exeter City dengan skor 3-2.

SUMBER : BERITA HARIAN