MANCHESTER, ENGLAND – Haaland membenam United dalam perlawanan yang ditunggu-tunggu, derbi antara Manchester United dan Manchester City berakhir dengan kemenangan yang dimenangi dengan skor 3 – 0 di stadium Old Trafford, awal pagi tadi.
Manchester United yang bermain dengan agak defensif pada permulaan separuh masa pertama dihentikan semangatnya apabila penyerang dari Denmark Rasmus Hojlund menarik badan pemain tengah City, Rodri yang memberikan sepakan penalti untuk City.
Secara mudahnya, Erling Haaland berjaya meledak gol ke-10 nya selepas berjaya menewaskan Andre Onana dalam sepakan penalti tersebut.
Pada separuh masa kedua, hanya empat minit selepas rehat adalah masa yang diperlukan untuk penyerang Norway tersebut sekali lagi meledak gol keduanya dalam permainan dan gol ketiga diikuti oleh Phil Foden pada minit ke-80 yang dibantu sekali lagi oleh Erling Haaland.
Skuad bimbingan Pep Guardiola mengekori rapat Tottenham Hotspurs dengan mendekatkan jarak mereka dengan hanya berbeza dua mata dibelakang Spurs.
Manakala skuad bimbingan Erik Ten Hag pula merekodkan kekalahan mereka yang ke-5 musim ini, dengan hanya merekodkan 13 mata ditangga ke-8 dibelakang Brighton Hove Albion dan Newcastle United.
SUMBER : BERITA HARIAN

