Kembara Kenali Borneo adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan untuk menjadikan hasrat dan impian Seri Paduka baginda dan keluarganya untuk merapatkan jurang di antara baginda dan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Penjelajahan tersebut disertai oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan keluarganya.

Perjalanan baginda merangkumi lebih 2,000km di Borneo yang bermula pada 3 September di Tawau dan berakhir pada rabu lepas, 14 September di Telok Melano.

Kembali kepada tajuk asal, sewaktu baginda berada di Borneo, terdapat banyak keluhan rakyat disana yang diluahkan terus kepada baginda dan raja pemaisuri berkenaan keadaan negeri mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah dari pelbagai keluhan rakyat akan difokuskan dan diteliti sebaik mungkin untuk mencari jalan penyelesaian bagi menjawab setiap keluhan rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau turut berkata bahawa Sarawak merupakan satu negeri yang sudah kedepan daripada zaman dahulu dan mempunyai pelbagai potensi untuk menjadi negeri yang lebih maju di masa akan datang.

Menurut pemerhatian beliau, Sarawak mempunyai potensi besar dalam pembangunan industri hijau yang boleh mencapai status tinggi dalam kalangan rantau ASEAN.

SARAWAK NEGERI MEMBANGUN

Ini menunjukkan bukti kukuh kenapa negeri Sabah dan Sarawak tidak boleh dipandang remeh tentang masalah yang dihadapinya kerana negeri-negeri tersebut merupakan negeri yang membangun dan perlu diberikan lebih perhatian tentang isu-isu yang berlaku disebelah sana.

Perdana Menteri turut memuji usaha keras yang dilakukan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pelbagai usaha yang dijalankan oleh beliau.

Berkat usaha Tan Sri Abang Johari, beliau diminta oleh Perdana Menteri untuk memberikan pendapat tentang betapa majunya sesetengah bidang yang berjaya diterokai menurut pelaksanaannya di mesyuarat Jemaah Menteri yang dijalankan pada 16 September.

Seterusnya, Perdana Menteri juga menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diwujudkan oleh Yang di-Pertuan Agong merupakan hasil usaha Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) adalah satu usaha yang bagus dan layak diberikan penghargaan.

Kerajaan Perpaduan yang dijalankan mampu membantu masyarakat bersatu padu dalam segala hal berkenaan ekonomi, dan menjadikan politik stabil di dalam negara.