KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir meningkat di Kedah dengan pertambahan pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di daerah Kota Setar pada petang semalam.

Jumlah mangsa yang terbabit dalam banjir di Perak masih kekal sehingga pagi ini.

Muhammad Suhaimi Mohd Zain, yang merupakan Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) menyatakan hari ini sebuah PPS telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman petang semalam dan berjaya menempatkan lima mangsa daripada dua keluarga.

Sehubungan dengan pertambahan PPS itu, kini tiga PPS termasuklah SK Titi Gajah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah telah beroperasi di daerah Kota Setar untuk membantu mangsa banjir untuk mencari tempat berlindung.

Beliau turut menyatakan jumlah mangsa bertambah dari 210 mangsa dan sekarang meningkat kepada 231 mangsa secara keseluruhan.

Kawasan-kawasan di daerah tersebut yang terjejas dengan insiden banjir tempoh hari adalah Kampung Seberang Chegar, Alor Gunung, Pulau Kerengga, Alor Senjaya, Alor Perang, Bohor, Anak Bukit, Alor Gunong dan Seberang Alor Gunong.

Tambahan pula, daerah Kubang Pasu juga terkesan dengan banjir apabila direkodkan 31 orang mangsa dari 7 keluarga ditempatkan di SK Malau yang telah dibuka pada hari Isnin yang lalu.

Kawasan yang terjejas di daerah tersebut diikuti dengan kampung Lahar, Paya Tok Keong, Paya Tok Teh dan Biak.

Selain itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak pula melaporkan bahawa tiada penambahan mangsa dengan jumlah masih kekal 178 orang daripada 52 keluarga setakat pagi ini.

SUMBER : BERNAMA, UTUSAN