KUALA LUMPUR – Selepas perlawanan pertama yang sengit kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kumpulan D di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Malaysia dan Republik Kyrgyz, akhirnya Malaysia berjaya menewaskan Republik Kyrgyz skor 4 berbalas 3.
Pada separuh masa pertama, Malaysia ketinggalan dengan skor 2 berbalas 1 dengan bantuan skor tandukan Dion Cools pada minit ke-7 dengan bantuan sepakan sudut Arif Aiman namun dua gol dari pasukan Republik Kyrgyz pada penghujung separuh masa pertama memberi mereka kelebihan.
Semangat pasukan yang dilatih oleh Kim Pan Gon tersebut tidak mengaku kalah dan terus berusaha untuk mencari 3 mata berharga namun diberhentikan sebentar apabila Kai Merk, pemain Republik Kyrgyz menjaringkan satu lagi gol untuk pasukannya dan menyebabkan pasukan Harimau Malaya ketinggalan sebanyak dua gol.
Malaysia terus meneruskan usaha serangan mereka dan berjaya menyamakan skor dengan satu gol pada minit ke-72, hasil gerakan licik Arif Aiman dan dapat menyebabkan pasukan lawan menjaringkan gol sendiri ke gawang mereka.
Kemenangan Malaysia semakin hampir, apabila penyerang pasukan Selangor, Faisal Halim menjaringkan gol keempat pada masa tambahan dan ternyata 4 gol sudah cukup untuk membawa Malaysia ke tangga kedua dalam kumpulan D, dibawah negara Oman.
SUMBER : MALAYSIA GAZZETE
