TAIWAN – Skuad kebangsaan Malaysia terus mengharumkan nama negara di Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila Malaysia berjaya mengutip 3 mata penting semasa berlawan dengan pasukan tuan rumah, Taiwan.

Dengan kemenangan 1 – 0 di bumi Taiwan, skuad bimbingan Kim Pan Gon tersebut berjaya mengungguli kumpulan D dengan mendapat tempat teratas dalam kumpulan dengan jumlah mata sebanyak 6, berikutan kemenangan semalam dan kemenangan pada 16 November menentang Republik Kyrgyz.

Malaysia dan Taiwan masing masing tidak dapat menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama dan skuad Harimau Malaysia masih buntu dengan serangan seakan-akan tidak menjadi.

Kebuntuan skuad Malaysia mencari gol akhirnya terjawab apabila penyerang simpanan Darren Lok berjaya meyumbat satu gol pada minit ke-72 yang sudah cukup memberi Malaysia kemenangan kedua yang diinginkan.

Oman yang menduduki tangga ke-2 dalam kumpulan D, tewas ditangan Republik Kyrgyz dengan skor 1-0 dan masing masing mempunyai 3 jumlah mata, dipisahkan oleh perbezaan gol.

Bagaimanapun, Taiwan menduduki tangga tercorot dalam kumpulan D selepas tewas kedua-dua perlawanan dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Selepas perlawanan akhir Piala Asia di Qatar yang akan berlangsung pada bulan Januari 2024, pasukan Harimau Malaya akan berhadapan dengan pasukan Oman dalam perlawanan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat pada 21 Mac 2024.

SUMBER : BERITA HARIAN