kes

KLANG – Pada minggu lepas, tular video dan berita berkenaan kes culik budak yang melibatkan 2 warga asing dan warga tempatan di kawasan NSK Klang Sentral.

  • Kes

ARTIKEL BERKAITAN : DISINI

Akan tetapi, pada 3 hari yang lalu, Ketua Polis Selangor yakni Datuk Hussein Omar Khan telah memberi keterangan kepada media bahawa isu tersebut yang bermula dari dakwaan menculik budak itu adalah tidak benar dan salah faham antara warga tempatan punca tercetusnya isu ini.

HANYA SALAH FAHAM ? – Kes Culik Budak

Dua warga asing yang berbangsa Nepal yang mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di Malaysia tersebut mempunyai rekod bersih di Malaysia.

Pada masa yang sama, selepas Datuk Hussein Omar Khan sendiri melihat rakaman CCTV di kawasan pasar raya tersebut, beliau mendapati warga asing tersebut tiada niat untuk menculik budak tersebut.

Bahkan warga asing itu didapati hanya berniat untuk membantu kanak-kanak tersebut naik ke eskalator tetapi tidak memberitahu ibu kanak-kanak terbabit.

“Apa yang berlaku adalah saya sendiri telah melihat rakaman litar tertutup (CCTV), apabila penama pergi ke pasar raya yang bersama anak berumur setahun lebih dan ibunya, eskalator yang naik ke tingkat atas tersebut rosak”

“Dalam masa yang sama, dua lelaki Nepal yang bekerja secara sah di Malaysia turut mahu naik ke atas. Mereka berdua bekerja di syarikat berhampiran dan sedang berkunjung ke pasar raya tersebut untuk beli barang keperluan”

“Jadi apabila mereka nampak budak ni macam susah nak berjalan naik ke eskalator, mereka bantu angkat budak ni”

“Bila mak dia nampak, dia terus serahkan budak itu kepada maknya tapi mungkin maknya salah faham anggap itu culik,” – Datuk Hussein Omar Khan

SUMBER : ASTRO AWANI

SUMBER : ASTRO AWANI, LOBAK MERAH