KUALA LUMPUR – Pada hari jumaat minggu lepas, tular satu video pengguna Tiktok dengan nama @mooi1999taylorversion dengan isu dia ditegur oleh seorang “makcik” kerana tidak menutup kepala di dalam kawasan Masjid Negara.
Isu tersebut telah mendapat pelbagai perhatian dari pihak media dan pengguna itu sendiri mengatakan dalam video bahawa dia adalah seorang lelaki dan tidak perlu untuk dia tutup kepala atau rambutnya apabila berada di kawasan masjid.
“Penat la jadi lelaki lawa” ujar dia dalam kapsyennya.
Didalam video tersebut, “makcik” yang mengatakan dia perlu menutup kepala dan rambutnya itu barangkali keliru dengan penampilannya yang seakan-akan wanita.
RESPONS MAAF DARI MASJID NEGARA
Dua hari yang lepas, Masjid Negara Malaysia di platform Facebook rasmi telah melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada individu yang terlibat dalam isu yang tular tersebut.
“
Pihak Pengurusan Masjid Negara mengambil serius terhadap perkara ini dan dengan rendah hati memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan Pengawal keselamatan wanita tersebut.
Untuk makluman, Pengawal Keselamatan adalah lantikan pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan yang dilantik melalui perolehan kerajaan.
Pengawal Keselamatan terbabit telah diberi teguran agar lebih peka dalam menjalankan tugas.
“
Pihak Masjid Negara menambah kenyataan dengan menyediakan pautan aduan untuk pengunjung jikalau ingin mengemukakan aduan terhadap pengawal keselamatan yang berkerja di Masjid Negara tersebut.
SUMBER : LOBAK MERAH
Boleh klik di sini untuk membaca berita berkaitan hiburan – DISINI
