
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Proton e.MAS7 akan menjadi kenderaan rasmi untuk ASEAN pada tahun depan. Beliau berharap kenderaan ini dapat mempromosikan kemampuan Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik bermutu tinggi.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa syukur kerana kejayaan ini bukan sahaja mengangkat martabat Proton, tetapi juga imej keupayaan negara dan rakyat Malaysia. Beliau turut mengimbas kembali cabaran yang ditempuhi oleh Proton sebelum ini, menyifatkan kejayaan hari ini sebagai hasil pengajaran yang telah diperbaiki.
Sebagai kerajaan, bertanggungjawab untuk memberi bantuan dan kerjasama tanpa campur tangan, membebaskan Proton untuk menjalankan penyelidikan, latihan, dan tatakelola ke tahap yang lebih baik selepas ini.
Bukan itu sahaja, harga bagi Proton e.MAS7 diumumkan selepas sesi perincian spesifikasi teknologi kenderaan tersebut dengan harga bermula dari RM109,800.
SUMBER: ASTRO AWANI
- UPSI raih johan Festival Teater Zon Utara 2026
- Rafizi perlu tampil beri penjelasan isu dana asing, khianat negara
- Kontroversi Dana Asing Cetus Kebimbangan: AMK Desak Siasatan Menyeluruh
- 117 Pedofil Ditahan, 1.4 Juta Fail Pornografi Dirampas: Ancaman Seksual Kanak-Kanak Dalam Talian Semakin Kritikal
- Gelombang Baharu Keselamatan Digital: Malaysia Pelopor Had Umur Media Sosial Bawah 16 Tahun
