PUTRAJAYA – Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di sini.
Menurut kenyataan KPN, majlis tersebut bertemakan “Perpaduan Melalui Perayaan” dan bertujuan menjadi platform bagi warga KPN, jabatan, dan agensi berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni untuk meraikan perayaan Aidilfitri.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang sebagai tuan rumah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Menurut kenyataan itu, kehadiran Sultan Ibrahim dan pemimpin tertinggi negara adalah sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha KPN dalam memartabatkan agenda perpaduan negara serta kesungguhan kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang, di mana Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri menghabiskan masa kira-kira satu jam untuk menikmati hidangan dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
Pelbagai hidangan raya disediakan termasuk lemang, rendang, lontong, rojak pasembur, putu mayam, roti jala, dan pelbagai jenis kuih.
SUMBER : BERNAMA
Untuk membaca berita seperti ini, klik DISINI



