SEPANG – Berikutan kes tembakan di KLIA 1 tempoh hari, seorang pengurus syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas dua pertuduhan yang dikenakan olehnya iaitu cubaan membunuh isterinya, menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi kepada isteri dia.
Pengurus syarikat agensi yang dikenali sebagai Hafizul Hawari, 38 melakukan pengakuan tidak bersalah tersebut selepas pertuduhan terhadap dirinya dibacakan di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah.
“Faham (pertuduhan) tidak mengaku bersalah,” katanya.
Hafizul didakwa membuat percubaan tembakan untuk membunuh isterinya Farah Md Isa, 38 di kawasan KLIA 1 pada pukul 1.09 pagi, 14 April yang lepas.
Pertuduhan dan dakwaan tersebut dikemukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, dan jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara hingga 20 tahun jika disabit dengan kesalahan yang dinyatakan.
Hafizul juga didakwa kerana ada kemungkinan dia sengaja menyebabkan cedera parah ke atas pengawal peribadi isterinya itu, Mohd Nur Hadith Zaini, 38 dengan menggunakan tembakan pistol yang boleh menyebabkan kematian pada lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Bagi pertuduhan ini pula, dia didakwa mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan tersebut.
Pagi tadi, Hafizul memakai t-shirt berwarna hitam dan dikawal ketat oleh pasukan polis tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada kira-kira pukul 8.15 pagi.
SUMBER : BERNAMA


