KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat seorang profesor dipercayai pro-Israel, ketika tampil sebagai penceramah jemputan universiti itu.
Untuk info tambahan, Profesor. Dr. Bruce Gilley, 57, merupakan seorang profesor politik dan sains dan merupakan Pengarah untuk program PHD di Portland State University dan dia berasal dari Kanada.
Sebelum ini, Bruce Gilley dijemput oleh Universiti Malaya pada 9 April oleh Institut Pengajian Cina UM dan Bruce Gilley sepatutnya menampilkan diri pada 25 April iaitu hari ini berkenaan seminar “REASSESSING REPUBLICAN CHINA“.
Pada 16 April pula, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik telah mengumumkan program VISTING PROFESSOR PROGRAM 2024 dimana Bruce Gilley sekali lagi dijemput untuk menyampaikan syarahan dan mengendalikan bengkel selama 3 hari dari 22 April sehingga 24 April 2024.
Pada hari kedua program VISTING PROFESSOR PROGRAM 2024 dijalankan, Bruce Gilley mengeluarkan kenyataan kontroversi di akaun X miliknya yang berbunyi ;
“A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States” – Bruce Gilley di platform X.
Dia juga menambah kenyataan dengan sebab dia membuang hantaran asal adalah untuk melindungi kenalan dia di Universiti Malaya.
Susulan itu, Institut Pengajian Cina UM membatalkan seminar yang sepatutnya berlangsung hari ini.
PERMOHONAN MAAF UNIVERSITI MALAYA
Pusat Komunikasi Korporat (CCC) UM dalam kenyataannya, berasa kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.
Katanya, laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit dengan isu ini.
“UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini di Facebook.
CCC UM juga berkata pihak universiti akan mengambil maklum saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dan sudah mengambil tindakan serta merta membatalkan program dan aktivtiti yang dijadual dihadiri oleh penceramah jemputan warga asing tersebut.
“Demi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial.”
Pihak universiti juga mengecam kenyataan penceramah tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan melampau sehingga boleh mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia di platform X seperti yang ditunjuk di atas.
SUMBER : BERITA HARIAN , BERITA HARIAN
Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan pelbagai isu, klik DISINI.


