OKU

BALIK PULAU – Akibat berlaku kejam terhadap warga OKU didalam video rakaman CCTV yang tular beberapa hari lalu, wanita tersebut dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda RM6,000, semalam.

Mahkamah Sesyen Balik Pulau telah memberikan hukuman tersebut kepada Oo Saw Kee, 39 tahun, yang merupakan seorang pembantu jualan, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Mahkamah juga menganggap perbuatan wanita tersebut yang menuangkan air panas ke atas lelaki yang mengalami sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan, kata Hakim Mahkamah Sesyen Balik Pulau, Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

SUMBER : MEDIA SOSIAL

Beliau menegaskan bahawa tindakan tertuduh amat serius, dan mahkamah bersetuju dengan pandangan masyarakat yang mengecam perbuatan itu dengan penuh kebencian, terutamanya kerana tidak ada provokasi yang dilakukan oleh lelaki kurang upaya (OKU) yang terlibat.

“Mahkamah sudah tentu perlu mengambil kira kepentingan awam dan memberi peringatan agar perbuatan ini tidak diulangi mana-mana terutamanya kepada golongan istimewa.

“Masyarakat majmuk di negara ini tidak membenarkan perbuatan seperti ini berlaku lagi,” ujar Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin sewaktu prosiding, di sini pada Selasa.

  • OKU

Sebelum ini, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu jualan telah mengakui kesalahannya dalam menyebabkan kecederaan serius kepada mangsa dengan menggunakan air panas.

Menurut dakwaan yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan, wanita tersebut melakukan kesalahan tersebut pada 19 April yang lalu di dalam sebuah lif di pangsapuri I-Park, sekitar jam 9.24 pagi.

Dakwaan tersebut dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pengendalian pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail, sementara tertuduh diwakili oleh peguam, Edric Loo.

APA PUNCA BERLAKUNYA INSIDEN TERSEBUT ?

Berdasarkan siasatan awal, perselisihan faham yang lama didakwa menjadi punca wanita bernama Oo Saw Kee menyimbah lelaki kurang upaya (OKU) Sindrom Down dengan air panas pada 19 April yang lalu.

Superintendan Kamarul Rizal Jenal yakni Ketua Polis Daerah Barat Daya, salah faham antara mereka itu disifatkan sebagai ‘agak sentisitif’ dan ia tercetus sekitar tiga atau empat tahun yang lalu.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan ke atas wanita terbabit dan siasatan awal mendapati punca adalah disebabkan perselisihan faham terhadap mangsa yang telah berlaku dalam tiga ke empat tahun lalu, saya rasa dia (suspek) kenal mukalah sebab tinggal di flat sama.”

SUMBER : ASTRO AWANI , BERITA HARIAN

Untuk membaca lebih banyak berita terkini, klik DISINI.