Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin

BERLIN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di Berlin pada awal pagi Isnin, memulakan lawatan beliau dengan mengunjungi Siemens Energy, satu daripada syarikat teknologi tenaga utama di dunia.

Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin

Ketibaan Anwar di ibu pejabat Siemens Energy di Huttenstrasse, di sini, disambut oleh ahli lembaga eksekutif Siemens Energy, Vinod Philip.

Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin

Turut mengiringi Perdana Menteri semasa lawatan tersebut ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Duta Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin

Siemens Energy yang beroperasi di 90 negara dan memiliki kira-kira 90,000 pekerja terlibat dalam keseluruhan landskap tenaga – daripada tenaga konvensional hingga kepada tenaga boleh baharu, teknologi grid kepada simpanan hingga kepada mengelektrikkan proses perindustrian kompleks.

Kilang di sini dengan kira-kira 3,400 pekerja terlibat dalam pemasangan turbin gas serta sistem pengeluaran hidrogen elektrolisis.

Anwar serta rombongannya turut dibawa melawat kilang tersebut dan mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan Siemens Energy.

  • Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin
  • Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin
  • Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin

Tahun lepas, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau.

Perkongsian itu bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa terma TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB).

Anwar Bertemu Dengan Presiden Steinmeier Di Berlin

Seusai urusan di Siemens Energy, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Presiden Frank-Walter Steinmeier bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman.

Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin
Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier, Antara Aktiviti Awal PM Anwar Di Berlin

Anwar yang tiba di sini pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia), telah disambut oleh Steinmeier di Istana Bellevue yang menempatkan Pejabat Presiden, pada kira-kira 2 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

BACA Lagi: PM Anwar Tiba Di Berlin Untuk Lawatan Rasmi 5 Hari

Perdana Menteri turut menandatangani buku tetamu sebelum memulakan mesyuarat dengan presiden itu.

Ini merupakan pertemuan kedua Anwar dan Steinmeier dalam tempoh setahun selepas Presiden Jerman itu mengadakan Lawatan Negara selama tiga hari ke Malaysia pada bulan Febuari tahun lepas.

Anwar sebelum ini berkata selepas pertemuan kedua-dua pemimpin di Putrajaya, Malaysia berharap untuk menjalin kerjasama dengan Jerman dalam bidang biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim.

Steinmeier, yang ketika itu turut berkunjung ke Pulau Pinang dan Sarawak, pula berkata Malaysia akan menjadi lokasi penting bagi syarikat-syarikat Jerman untuk mempelbagaikan perniagaan dan pelaburan mereka.

Beliau berkata terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia yang mewujudkan sejumlh 65,000 peluang pekerjaan dan terdapat peluang untuk mereka mempelbagai serta menyalurkan bekalan kepada pasaran mereka di rantau ini.

Ekonomi ketiga terbesar di dunia itu adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000 manakala Malaysia pula merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (US$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (US$13.62 bilion) pada 2022.

Sumber: BERNAMA