BERLIN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz pada Isnin memandangkan Malaysia berhasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala dan perniagaannya dengan Jerman.
Ketibaan Anwar disambut mesra oleh Scholz di Canselori Persekutuan pada 6 petang Isnin waktu tempatan (1 pagi Selasa waktu Malaysia) di mana beliau diberikan sambutan rasmi.

Anwar kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh anggota tentera Jerman atau Wachbataillon of the Bundeswehr sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.


Pada pertemuan itu, Perdana Menteri disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick serta Duta Besat Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.
Turut hadir, Setiausaha Negara bagi Ekonomi, Kewangan dan Hal Ehwal Eropah Dr Jorg Kukies serta Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer.
Kedua-dua pemimpin membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman terutama kerjasama ekonomi, pendidikan, alam sekitar, eksport minyak sawit dan kelestarian serta bertukar pandangan mengenai krisis kemanusiaan di Palestin selain isu global yang mempunyai kepentingan bersama.

Terdahulu, Anwar yang berada di Berlin dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke negara ekonomi ketiga terbesar di dunia itu, bertemu dengan Presiden Jerman Farnk-Walter Steinmeier di Istana Bellevue.
BACA Lagi: PM Anwar Di Berlin: Lawat Siemens Energy, Jumpa Presiden Steinmeier
Menurut Wisma Putra, lawatan rasmi itu dijangka terus memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Putrajaya dan Berlin,
Sumber: BERNAMA
