Dewan rakyat yang akan diadakan hari ini selain dari membincangkan hal hal negara yang lain, bantuan kepada Palestin akan lebih diketengahkan untuk membantu Palestin dalam membina semula bangunan dan semangat mereka akibat serangan Israel di atas bumi Gaza.
Berdasarkan pelbagai sumber, penghuni Gaza kini terputus bekalan elektrik pada jam dua petang semalam apabila Israel yang tidak lagi memberi bekalan elektrik kepada mereka.
Bukan sahaja bekalan elektrik tiada, tetapi Israel meneruskan kekejaman mereka dengan menyekat bekalan untuk masuk ke sana seperti minyak, air, makanan dan ubat-ubatan.
Seramai hampir 2.3 juta jumlah penduduk Gaza yang terkesan dengan tingkah laku keji Israel selepas mereka menjalankan pengepungan sepenuhnya keatas kawasan Gaza.
Keadaan Palestin yang perlukan bantuan ini, akan diketengahkan dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini untuk mencari cara dan solusi demi membantu rakyat Gaza yang sentiasa terkesan sejak lebih 70 tahun lalu lagi, sehinggalah kini.
Akan turut diutamakan, isu berkaitan jerebu yang semakin hari semakin teruk keadaan IPU di Malaysia dan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) meminta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk menggunakan akta yang sedia ada jikalau negara jiran meneruskan memberi impak negatif terhadap kesihatan rakyat Malaysia.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) juga ada isu terkini yang perlu difokuskan berkenaan langkah penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran masyarakat mengenai bahaya ancaman siber dengan mengunakan kecerdasan buatan (AI).
Beliau meminta Menteri Komunikasi dan Digital untuk berwaspada dan mengambil kira risiko-risiko pengunaan AI untuk menggodam kata laluan, membocorkan maklumat sehinggakan boleh membawa kepada kerugian dan kebocoran data yang semakin berleluasa.
Selain itu, Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) juga mempunyai isu yang beliau ingin memfokuskan iaitu mengenai inisiatif bagi membantu golongan penjaja tanpa premis untuk mendapatkan lesen penjaja dan lokasi berniaga.
