KUALA LUMPUR – Gelagat pempengaruh Jepun yang menggunakan nama @sora_fula di Tiktok mendapat perhatian dan kebingungan netizen kerana dia mengatakan cendol itu adalah ramen.
Minuman cendol adalah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, kerana ia merupakan satu minuman yang mudah dan ringkas untuk diminum dan dibuat.
Cendol selalunya diminum sewaktu cuaca panas, untuk menyegarkan tekak yang kering akibat cuaca di Malaysia yang tidak tentu.
Lebih mesra dikenali sebagai Sora, pempengaruh yang berasal dari Jepun itu memuat satu video konten berkenaan cendol dan cara dia memasak cendol itulah yang menarik perhatian dan mengelirukan netizen rakyat Malaysia.
Berdasarkan video itu, cendol itu dimasak seperti sup ramen dan dicampurkan dengan tauge, kicap dan kemudiannya direbus.
Gelagat Sora itu menarik banyak perhatian sehingga videonya mencecah 1.3 juta penonton setakat hari ini.
Di ruangan komen, ada sesetengah netizen berkata ;
“ahh sudah, cendol di sup, macam mana nak explain ni.”
“Melanggar hukum cendol. Kesian cendol selalu ddk dlm sejuk, ttba ddk dlm panas😂”
Masing-masing menunjukkan kekeliruan mereka kerana cendol disalah ertikan menjadi sejenis mee atau ramen.
SUMBER : TIKTOK, LOBAK MERAH
