Pelaksanaan Digital ID: Malaysia Harus Maju Seiring Dengan Perkembangan Teknologi - PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim semalam menegaskan bahawa kebimbangan orang ramai dengan pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID seperti rekod peribadi serta perbankan akan terbocor dan cip diimplan dalam tubuh individu, adalah tidak berasas langsung.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan itu berkata, dalam membicara soal transformasi digital, rakyat harus menerima kenyatan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi.

“Apa takut isu peribadi? Bank Negara Malaysia tidak akan lepaskan rekod personal perbankan peribadi. Jadi (perkara) yang itu terkawal.

“Kemudian juga kata kononnya ada cip masuk dalam badan dan sebagainya, itu semua tengok banyak sangat filem Hollywood.” katanya kepada pemberita selepas membuat pendaftaran Digital ID di sini, semalam, menjadikan beliau individu pertama memiliki Digital ID berkenaan.

Anwar berkata sebelum membuat sebarang komentar, seharusnya dengan dahulu penjelasan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementeri Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung Digital ID supaya ianya tidak menjejaskan keyakinan rakyat.

Menegaskan bahawa kerajaan buat masa ini tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID, Anwar bagaimanapun menggalakkan penjawat awam keseluruhannya untuk mendaftar kerana pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan segala bentuk penyasaran subsidi akan disalurkan melalui Digital ID tersebut.

Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiit pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

PM Anwar Individu Pertama Malaysia Miliki Digital ID

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendaftarkan dirinya dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, menjadikan beliau sebagai individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan Digital ID tersebut.

  • Pelaksanaan Digital ID: Malaysia Harus Maju Seiring Dengan Perkembangan Teknologi - PM Anwar
  • Pelaksanaan Digital ID: Malaysia Harus Maju Seiring Dengan Perkembangan Teknologi - PM Anwar
  • Pelaksanaan Digital ID: Malaysia Harus Maju Seiring Dengan Perkembangan Teknologi - PM Anwar

Dengan Anwar juga yang telah mendaftar dengan Digital ID, ini akan memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keselamatan serta ketelusan sistem berkenaan.

Pada 21 November yang lalu, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital, selain membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

Anwara juga dilaporkan berkata pendaftaran Digital ID juga merupakan langkah awal dalam pemberian subsidi bersasar, serta pelbagai kemudahan lain oleh jabatan kerajaan dan pihak swasta.

Turut membuat pendaftaran Digital ID selepas Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.

Antara Jemaah Menteri yang turut mendaftar isalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sumber: BERNAMA