Festival Turath Islami Selangor

Soal penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya dibincang secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Beliau menegaskan bahawa tindakan kerajaan yang menarik balik semula rayuan terhadap kalimah Allah setelah merujuk perkara itu kepada pandangan mufti-mufti dan titah Raja-Raja Melayu.

Hal ini sudah acap kali dijelaskan termasuk di dalam Parlimen mengenai penggunaan kalimah Allah dikhaskan kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

“Maksudnya, umat Islam dalam Semenanjung Tanah Melayu sahaja boleh gunakan kalimah Allah untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah dakyah agama lain, maka agama lain tidak diizinkan. Kemudian untuk Sabah dan Sarawak, ada sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat supaya tidak timbul kekeliruan.

Kalimah Allah boleh dibahas, tetapi dalam majlis tertutup, (perbahasan mengenainya) tidak patut mengelirukan umat. Tetapi, kita (kerajaan) masih dituduh menggadaikan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor semalam.

– BERNAMA