PORT DICKSON – Dua beradik lelaki yang menetap di Taman Pertama, KM Seremban-Port Dickson telah didakwa di Mahkamah Majistret pada hari ini atas tuduhan melukakan ibu mereka pada 28 September 2023, jam 9.28 malam yang lepas.
Tertuduh terdiri daripada anak ketiga yang berusia lewat 29 tahun, dan adiknya yang merupakan anak kelima, diterima maklumat masih bersekolah pada umur 17 tahun.
Mereka berdua mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani selepas tuduhan tersebur dibacakan dalam sesi pendakwaan tersebut.
Mereka didakwa sengaja mencederakan ibu kandung mereka yang sudah berusia 58 tahun.
Tertuduh juga dituduh melanggar Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dan juga dikenakan dengan Seksyen 326A serta dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun yang sama.
Di bawah Seksyen 323, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun ataupun denda sehingga RM2,000.
Hukuman dibawah Seksyen 326A pula menyatakan hukuman boleh dikenakan dengan dua kali ganda dari hukuman maksimum.
Selain itu, sebanyak RM6,000 jaminan yang telah dicadangkan bagi setiap tertuduh oleh Nadia Ezzati Mohd Zainal selaku Timbalan Pendakwa Raya dalam pendakwaan tersebut.
Tertuduh yang berusia 29 tahun merayu untuk jaminan yang lebih rendah kerana tidak berkerja dan adiknya masih bersekolah.
Mahkamah telah sebulat suara menetapkan jaminan yang dikenakan sebanyak RM3,000 bagi setiap yang tertuduh dengan syarat seorang penjamin dan akan dijadualkan semula pada 16 November 2023 untuk sesi yang seterusnya.

