Baru-baru ini tular dengan isu restoran makanan segera US Pizza, yang menyatakan nama yang digunakan oleh mereka yakni perkataan “US” dalam nama jenama mereka bermaksud “Kita” dalam Bahasa Melayu.
Namun, netizen di pelbagai sudut media sosial mendakwa perbuatan syarikat tersebut hanyalah disebabkan takut diboikot kerana gelombang boikot yang berleluasa keatas jenama yang memberi bantuan dan menyokong tindakan kejam zionist Israel.
Mereka menyatakan nama “US” dalam jenamanya merujuk kepada United States ataupun Amerika Syarikat.
Syarikat itu sendiri menunjukkan sejarah jenama mereka yang asalnya daripada Mr Donald Duncan yang datang daripada Amerika Syarikat.
Bukti kukuh yang lain juga boleh didapati dari cara mereka memasarkan produk atau promosi di media sosial, dengan kehadiran elemen-elemen yang menunjukkan pengaruh kuat terhadap budaya negara Amerika Syarikat.
Contohnya, pizza yang dihidang dan ditayangkan menerusi media sosial Instagram mereka menunjukkan elemen Amerika Syarikat seperti bendera Amerika Syarikat, warna simbolik merah dan biru, dan gambar Statue of Liberty yang sudah terang lagi bersuluh menunjukkan pengaruh Amerika Syarikat dalam jenama mereka.
Tambahan pula, mereka sendiri ingin menukar nama dari US Pizza menjadi Kita Pizza sekiranya posting mereka mendapat 10,000 sukaan dan komen di media sosial mereka.
Apa pendapat anda ?
SUMBER : INSTAGRAM

