KUALA LUMPUR – Minggu lepas tular video mengenai seorang “Mat Salleh” yang meluahkan perasaanya setelah tidak dibalas senyumannya apabila dia menjelajah ke Malaysia.
Dalam video tersebut, dia berkata rakyat Malaysia tidak berbalas senyuman terhadap masing-masing dan dia membandingkan keadaan tersebut dengan keadaan di Thailand.
Tiktokers yang menggunakan nama Marilyn Ruv itu berkata di Thailand situasinya berbeza, dia lebih banyak mendapat perhatian terhadapnya.
Dia juga berkata orang di Thailand lebih mesra dan bertegur sapa berbanding di Malaysia.
Video “Mat Salleh” tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen di Malaysia dan kecaman selepas kecaman diberikan kepada Tiktokers tersebut.
Ada pengguna Tiktok mengatakan “We be minding our own business, who are you again?” untuk menunjukkan rakyat Malaysia hanya buat hal sendiri dan tiada masa untuk melayan kerenah “Mat Salleh” yang dahagakan perhatian.
Pada masa yang sama, ada juga yang komen seperti “takde masa nak senyum2 ni.. tgh panas2 nak senyum2..” menjelaskan rakyat Malaysia tidak senyum kerana cuaca yang panas.
Tetapi semalam, “Mat Salleh” tersebut ingin memanjangkan isu tersebut dengan video terbaharunya yang menunjukkan video dia di Thailand dan memerli Malaysia.
VIDEO MAT SALLEH PERLI RAKYAT MALAYSIA
Di kapsyen video tersebut dia menulis “See Malaysian how u should pay attention to white person, study”
Apa pendapat anda ?
SUMBER : LOBAK MERAH
