PM melawat SMKA Dato Haji Abu Hassan Sail

Dana tambahan diumumkan oleh PM untuk memulihkan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail selepas lawatannya ke sekolah itu.

Bagi memulihkan semula asrama lelaki di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, yang terbakar pada 31 Julai tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan peruntukan tambahan.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim , peruntukan asal adalah hampir RM3 juta dan dengan kenaikan itu, jumlah keseluruhan yang diberikan ialah RM3.89 juta.

“…kelulusan peruntukan sebelum ini hampir RM3 juta tetapi melihat kepada keadaan asrama, bumbung dan surau sudah pasti tidak mencukupi (peruntukan). Kementerian Kewangan akan memberi kelulusan khas supaya kerja baik puluh dapat dipercepatkan.

“Saya lihat sekolah ini tidak daif umpamanya dari segi prasarana, cuma agak sederhana kalau lihat asramanya, kerosakan itu luarbiasa dan kemudahan agak minima tetapi masih mampu kerana komitmen dan dedikasi tenaga pengajar dan dedikasi para pelajar untuk mengangkat martabat sekolah ini sehingga mampu menjadi sekolah yang cemerlang” ulas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan di Dewan Utama SMKA Dato Haji Abu Hassan Haji Sail.

Anwar telah pun melawat tempat kejadian di tingkat tiga asrama sekolah itu.

Peruntukan tambahan sebanyak RM310,000 turut diberikan untuk membina semula kemudahan lain termasuk bilik guru dan surau di sekolah itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhamad Hasan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun juga turut hadir untuk melihat keadaan sekolah tersebut.

Dalam kesempatan itu, Datuk Seri Anwar juga mengimamkan solat Jumaat di masjid  Dr Hj Mohammad Eusuff Teh Kariah Pedas Hilir.

Beliau tiba pada jam 1:20 tengah hari untuk mendengar khutbah bersama jemaah yang lain dengan tajuk khutbah “Guru Mendiri Generasi Berakhlak” sempena Hari Guru yang pada 16 Mei lalu dan turut juga mengambil kesempatan untuk meluangkan masa dengan jemaah lain sebelum meninggalkan lokasi.

Sumber: BERNAMA