KUALA LUMPUR, 23 Julai – Hasil ketegasan dan komitmen berterusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam, khususnya sektor kesihatan, ramai doktor kontrak dilaporkan telah menerima emel tawaran lantikan tetap bermula hari ini.

Perkembangan itu hadir sejurus selepas pengumuman penting Perdana Menteri mengenai program Sejahtera MADANI, yang turut menekankan keutamaan kepada kestabilan perkhidmatan awam dan jaminan masa depan pekerja sektor kritikal negara.

Langkah ini sekaligus menjawab rintihan ribuan petugas kesihatan yang sekian lama berkhidmat dalam status kontrak tanpa jaminan masa depan, meskipun menjadi tulang belakang dalam sistem kesihatan negara – terutama ketika pandemik melanda.

“Inilah bukti nyata #MADANIBekerja. Janji bukan sekadar di kertas, tapi dilaksanakan dengan tindakan,” ujar seorang pemerhati kesihatan awam.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka akan meneruskan proses penjawatan tetap kepada kumpulan kontrak lain dalam fasa-fasa berikutnya, termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan, dan petugas barisan hadapan lain.

Ramai berharap usaha ini akan menjadi titik tolak kepada reformasi menyeluruh dalam sistem perkhidmatan awam yang lebih adil dan mampan, sejajar prinsip ‘Negara MADANI.