ECRL

KUALA LUMPUR – Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan dan menasihatkan supaya semua pihak yang terlibat termasuklah kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan gigih dalam urusan pembinaanya laluan tersebut.

Anwar menyatakan bahawa Malaysia sangat berkomitmen dan menghargai hubungan strategik dengan China, terutamanya dalam aspek pelaburan dan sokongan kemahiran pembangunan infrastruktur yang diberikan oleh syarikat-syarikat dari Republik tersebut.

“Dalam perjumpaan ini, saya tekankan semula pendirian bahawa Malaysia amat komited dan menghargai kerjasama strategik dengan negara China terutamanya pelaburan dan sokongan kemahiran pembangunan infrastruktur daripada syarikat-syarikat China.” ujar Anwar dalam hantarannya di Facebook, kelmarin.

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar menjelaskan bahawa komitmen ini dinyatakan semasa pertemuan beliau dengan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, dan delegasi dari China Communications Construction Company (CCCC) yang diketuai oleh pengerusinya, Wang Tongzhou, pagi kelmarin.

Anwar menyebut, “CCCC berperanan sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan (EPCC) untuk projek ECRL. Wang telah berkongsi pengalaman dan kemajuan semasa pelaksanaan projek ECRL.”

  • ECRL
  • ECRL
  • ECRL
  • ECRL

Beliau turut berkongsi bahawa pertemuan hari ini melibatkan pertukaran pandangan mengenai ekosistem pembangunan projek-projek mega, terutamanya yang berkaitan dengan infrastruktur pengangkutan dalam dan antara bandar. Anwar menambah bahawa kunjungan delegasi hari ini adalah susulan daripada pertemuan beliau dengan Wang di Nanning, China pada bulan September yang lalu.

SUMBER : BERNAMA, FACEBOOK