Will

Baru-baru ini tular buat seketika apabila pelakon Hollywood terkenal, Will Smith meluahkan pendapatnya tentang Al-Quran di dalam satu podcast episod yang ke-enam bertajuk BigTimePodcast.

Program podcast yang dihoskan oleh Amr Adib dan Assala ini dipercayai bertujuan untuk mengalu-alukan selebriti yang melawat Kerajaan untuk Mawsim Al Riyadh, dan menyelidiki perbualan yang tulen dan menyeronokkan tentang perjalanan mereka.

SUMBER : MBC GROUP

Dalam klip yang pendek tersebut, Will Smith mengatakan beliau terkejut nama Nabi Musa A.S sering disebut dalam Al-Quran dan beliau boleh faham perjuangannya.

Will Smith juga turut berkata Al-Quran merupakan satu kitab suci yang ringkas dan jelas, dan susah untuk seseorang membaca Al-Quran dan berasa salah faham.

I love the simplicity, the Quran is so clear. Crystal Clear. It’s hard to walk away with a misunderstanding.” – ujar Will Smith.

Will Smith turut menjelaskan bahawa beliau sudah membaca semua kitab suci agama Abrahamik dan beliau terkejut bagaimana daripada kitab Taurat, Bible (Injil) dan Al-Quran mempunyai satu cerita yang hampir sama dan berkait rapat antara satu sama lain.

SUMBER : LOBAK MERAH

Untuk melihat lebih banyak artikel hiburan, boleh klik ; DI SINI