KUALA LUMPUR – 5 kawasan di Malaysia telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 11 pagi ini.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMPS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), lima kawasan yang mencatatkan paras IPU melebihi nilai 100 ialah Bukit Rambai yang telah disenaraikan sebagai kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 153, Bandaraya Melaka (152), Tangkak (128) dan Batu Pahat (125) di Johor, serta Port Dickson (126) di Negeri Sembilan.

Sebanyak 51 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 12 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Rujuk bacaan IPU secara langsung di laman web rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMPS) menerusi link berikut: https://apims.doe.gov.my/home.html
