Seperti yang kita tahu, wabak Covid-19 yang bermula pada akhir tahun 2019 menyebabkan ramai orang terkorban dan terkesan daripada wabak yang berbahaya tersebut.
Namun, kali ini setiap institut kesihatan termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran awal kepada semua manusia tentang penyakit X tentang tahap risikonya yang mungkin akan lebih memberi ancaman berbanding Covid-19.
Menurut pakar perubatan di United Kingdom, mereka boleh mengatakan bahawa risiko penyakit X ini boleh menjadi teruk kerana ia hampir sinonim dengan “Spanish Flu” yang pernah melanda dunia pada 1918 sehingga 1920, yang meragut lebih dari 50 juta manusia.
Tapi, datangnya persoalan dari manakah punca dan sumber penyakit X bermula dan mungkin akan merebak ?
MENCARI PUNCA PENYAKIT X
Kebanyakkan ahli virologi tidak tahu dari mana datangnya penyaki tersebut, namun sesetengah dari mereka mempercayai bahawa penyakit X berkemungkinan berkaitan dengan perubahan iklim yang drastik, penebangan hutan yang melampau dan juga pembangunan pembandaran yang menyebabkan haiwan liar dan ternakan akan lebih berdekatan dengan manusia secara menyeluruh.
Saintis kelahiran Ipoh, Professor Dato’ Lam Sai Kit yang kini seorang emeritus professor di Universiti Malaya turut menyatakan bahawa ada kebarangkali yang tinggi penyakit X datang dari hidupan liar, khususnya haiwan.
“Hidupan liar terutama kelawar membawa banyak virus. Burung dan tenggiling yang berhijrah membawa virus selesema burung.
“Sekiranya kita menerima pandangan bahawa penyakit X berasal daripada hidupan liar, maka kita harus memperkukuhkan pengawasan kita bukan sahaja terhadap penyakit pada manusia tetapi juga terhadap hidupan liar dan haiwan ternakan yang dijinakkan,” katanya menurut sumber NewsStraitsTimes.
Professor dari Monash Universiti, Professor Dr Vinod Balasubramaniam juga mempunyai pendapat yang hampir sama.
Beliau berkata penenbangan hutan dan pembangunan pembandaran akan menjadikan haiwan di kawasan mereka lebih dekat dengan kita dan ia akan menimbulkan satu risiko yang besar untuk pelbagai jenis penyakit dari haiwan yang akan mudah merebak kepada manusia.
Kerajaan boleh melaburkan dana dalam penyelidikan tentang penyakit ini dalam negara kita, menjaga kesihatan manusia dan haiwan supaya terkawal dan mencari kerjasama global bersama negara-negara yang sudi membantu.
Usaha-usaha diatas tidak akan cukup melainkan kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh panik dengan berita ini dan sebaiknya berjaga-jaga dan berwaspada dengan menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
