SHAH ALAM – Empat Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas sementara berikutan isu pencemaran bau di Sungai Selangor telah menyebabkan beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan air.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Ir Abas Abdullah berkata, empat loji itu melibatkan Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan LRA Rantau Panjang.

Beliau memberitahu, Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Air Selangor dalam kenyataan awalnya di Facebook memaklumkan tiga LRA dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor pada Selasa.

Ikutan kejadian itu, terdapat gangguan bekalan dan tekanan air rendah di 7 kawasan antaranya Wilayah Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor.

Kerja Penyelenggaraan Sedang Dijalankan

Perkembangan terbaru setakat jam 12.30 tengahari tadi, Air Selangor menjelaskan bahawa kerja-kerja penambahbaikan, penyelenggaraan, dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat telah dimulakan pada jam 9 pagi tadi.

Selain itu, dalam kenyataan itu juga ada menyebut tentang bekalan air yang dijangka pulih sepenuhnya di kesemua kawasan terjejas di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis).

Air Selangor turut sertakan bersama senarai lokasi bekalan air yang boleh didapati oleh pengguna sementara bekalan air pulih sepenuhnya.

Lihat senarai lokasi itu dibawah.

  • May be an image of text that says "Air Selangor 10 Oktober 2023, 12:00 tengah hari Lokasi Penempatan Tangki Statik KUALA LUMPUR PKS Cheras Awana Lotus Ampang Klinik Kesihatan Hang Tuah Kampung Pandan Klinik Ibu Dan Taman Makmur Klinik Bandar Tun Razak Klinik Kesihatan Cheras,Jalan Yaakob Latif HULU LANGAT Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn Klinik Kesihatan Sg Chua Klinik Kesihatan Batu 9, Jalan Hulu Langat PKS Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Jalan Suarasa Masjid amek Haji Mat Saman, Sungai RamalLuar Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat PETALING KemPerdana Sungai Besi Kuarters Polis Desa Tasik PKS Sri Petaling PKS Teknologi Park Malaysia www.airselangor.com"

Jelasnya, Air Selangor akan terus memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden tersebut dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Selangor.