JOHOR BAHRU – Seorang pemuda lelaki yang mengaku dirinya anak kepada makcik Kemboja yang viral tampil memberikan amaran menerusi sebuah video di laman media sosial TikTok baru-baru ini.
Video tular yang berdurasi 29 saat di aplikasi TikTok itu memaparkan lelaki berkenaan sedang marah oleh disebabkan kecaman yang diterima ibunya ataupun lebih dikenali sebagai ‘makcik Kemboja’.
Menerusi video itu, lelaki tersebut turut mencabar pihak netizen (yang mengeji ibunya) untuk bersemuka dengannya di kilang tekstil milik ibunya itu malah menganggap mereka seperti ‘anjing yang menyalak’ di media sosial.
“Ha ni, anak makcik kemboja kat sini. Aku cabar kau, daripada kau menyalak macam anjing dekat TikTok, aku cabar kau, kau face (bersemuka) aku kat kilang ini.
“Yang kau hina tu mak aku tau, si*al. Kalau setakat menyalak macam anjing, gong gong gong gong gong (bunyi seakan anjing menyalak). Ni anak makcik kemboja kat sini,” katanya dalam video berdurasi pendek itu.
Tindakan lelaki itu mengundang kecaman netizen yang berang dengan gaya percakapannya yang seakan-akan sombong dan berlagak.
Video tersebut diakhiri dengan kenyataan bahawa lelaki itu tidak takut dengan para netizen.
“Aku dah tak takut dekat kau. Aku memang tak pernah takut pun dengan kau,” ujarnya dalam video yang sama.
Sementara itu, akaun TikTok milik lelaki tersebut kini disekat aksesnya (banned) dan semakin ramai bekas pekerja dan pelanggan yang mengeluarkan kenyataan ‘sebenar’ mengenai makcik Kemboja itu.
Tonton video penuh tentang anak makcik Kemboja di Tiktok Negara News.
Terdahulu, tular di media sosial mengenari satu video berdurasi satu minit tujuh saat menunjukkan seorang wanita yang mengaku dilahirkan di Kemboja, tetapi membesar di Malaysia ketika sesi pengstriman langsung di sebuah gedung tekstil di Skudai, Johor Bahru.
BACA LAGI: Dikecam Kerana Hina Melayu Malas, Makcik Kemboja Mohon Maaf
Dalam video berkenaan, wanita yang lebih dikenali sebagai Madame Mariyah atau makcik Kemboja itu mendakwa bahwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, sebelum menyatakan dia hanya bergurau dan disusuli permohonan maaf yang diulang sebut dalam hantaran video berasingan di laman media sosial TikToknya.

Ekoran kecaman hebat dari netizen, wanita itu memuat naik satu lagi rakam video permohonan yang lain, dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim, semalam.
Dalam video berkenaan, makcik Kemboja memaklumkan nama dan syarikat yang diusahakannya, menjelaskan yang dia sedih akibat kecaman dari para netizen selain menyatakan bahawa di berbangga menjadi rakyat Johor dan mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana dapat bermastautin dan berniaga di Johor.
Sumber: Harian Metro, Mstar
