Wanita Hampir Hanyut Bersama Myvi, Seorang Lelaki Tak Fikir Panjang Untuk Selamatkan

KOTA TINGGI – Seorang wanita nyaris dihanyutkan arus deras selepas Perodua Myvi yang dipandunya terjatuh ke dalam longkang besar.

Wanita Hampir Hanyut Bersama Myvi, Seorang Lelaki Tak Fikir Panjang Untuk Selamatkan

Video kejadian berdurasi 15 saat yang tular itu menunjukkan insiden itu dipercayai berlaku di Jalan Bukit Samsu, Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini.

Dalam rakaman itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta berpaut pada Perodua Myvi berwarna kelabu yang dihanyutkan arus deras di dalam longkang.

Kemudian, dua lelaki kelihatan cuba membantu menyelamatkan mangsa dengan salah seorang daripada lelaki terbabit bertindak pantas menarik wanita berkenaan dan mereka dilaporkan selamat.

Pelbagai komen ditinggalkan di media sosial, yang rata-ratanya memuji usaha dilakukan lelaki yang menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Polis Daerah Kota Tinggi memaklumkan maklumat berhubung kejadian itu akan dikongsikan namun insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan nyawa.

Tonton video penuh detik cemas itu yang dihantar menerusi akaun Mohd Redzuan Abdul Manap di laman media sosial Twitter, pada Ahad.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1743913286293389421

Sumber: Sinar Harian, Twitter