gencatan senjata

MELBOURNE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh berkenaan gencatan senjata diperlukan dalam situasi yang genting di Gaza akibat serangan negara haram Israel, sebelum Sidang Kemuncak Khas ASEAN – Australia di Melbourne pada Rabu, hari ini.

Gencatan senjata yang segera diggesa oleh Anwar berulang kali supaya dilaksanakan dan pada sesi pemukiman sidang kemuncak tersebut, Anwar menegaskan peringatan beliau kepada pemimpin ASEAN Australia bahawa semua negara anggota ASEAN dan Australia mengundi dan menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 2023, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan.

  • senjata
  • senjata
  • senjata

“Kita harus mendesak agar permintaan ini direalisasikan – dengan segera dan kekal.” ujar Anwar.

Anwar berkata hari menghitung hari situasi di Gaza dan juga di Tebing Barat bertambah buruk dan kini lebih 30, 000 rakyat Palestin termasuk 12,000 kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam oleh pihak tentera Israel yang tidak berhati perut.

Isu kebuluran juga semakin menjadi serius akibat kekurangan sumber makanan dan minuman dan bantuan disekat oleh negara haram Israel. – BACA DISINI

Anwar berulang ulang kali berkata penyaluran bantuan kemanusiaan yang selamat, cepat dan tanpa halangan kepada orang awam yang tidak berdosa di seluruh Gaza perlu dibenarkan untuk masuk ke semenanjung Gaza dan diteruskan.

“Malaysia menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan lebih berani untuk memaksa Israel agar mematuhi langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Januari tahun ini dan menyeru semua pihak untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.” ujar Anwar lagi.

Malaysia juga menjadi negara yang menyeru negara-negara yang tidak mensensasikan hasil siasatan terhadap dakwaan baru-baru ini yang melibatkan beberapa petugas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (URNWA) dan mempertimbangkan semula hukuman kolektif yang diputuskan dan merayu sokongan kewangan mereka kepada URNWA dikembalikan semula.

PERANAN ASEAN DAN AUSTRALIA DALAM MENGGESA GENCATAN SENJATA DAN MENCARI PENYELESAIAN

Anwar berkata secara kolektif, ASEAN dan Australia boleh memainkan peranan yang konstruktif dalam masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian secara aman dan berpanjangan dalam konflik itu.

“Sebagai negara yang bertanggungjawab, kita terikat dengan Piagam PBB dan Undang-Undang Antarabangsa untuk menegakkan prinsip asas keadilan.”

“Hak penentuan kehidupan sendiri yang kita tuntut untuk diri kita sendiri juga perlu dilindungi dan ditegakkan untuk rakyat Palestin” katanya.

Anwar berkata apabila berakhirnya pendudukan Israel yang berdekad lamanya di wilayah Palestin adalah asas kepada penyelesaian dua negara serta mewujudkan keamanan dan keselamatan yang berkekalan di Timur Tengah.

“Kita juga tidak boleh menafikan bahawa pencerobohan Israel telah memburukkan lagi perpecahan dan prasangka antara orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia, yang mendorong penyebaran Islamofobia yang berbahaya, yang mesti dihentikan.

“Kita harus sosialisasikan hakikat bahawa apa yang berlaku di Gaza bukan mengenai agama tetapi krisis kemanusiaan. Kita harus menyokong untuk menerima perbezaan supaya masyarakat boleh hidup bersama dalam harmoni.” katanya.

SUMBER : BERNAMA