Pagi tadi saya meraikan Tamu Kenegaraan, Presiden Uzbekistan Шавкат Мирзиёев – Shavkat Mirziyoyev yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Ini adalah lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016. Ini juga adalah kunjungan balas susulan lawatan saya ke Uzbekistan pada Mei tahun lalu.
Usai tiba di Perdana Putra, Presiden Shavkat dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Ruang yang ada ini saya rakamkan penghargaan Malaysia kepada Presiden Shavkat atas lawatan rasmi ini dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama Malaysia-Uzbekistan.
Melewati latar belakang Masjid Putra usai istiadat, saya dan Presiden Shavkat kemudian menghadiri mesyuarat terhad bersama kedua-dua pimpinan bagi membincangkan isu-isu strategik terkait kepentingan kedua-dua negara, antaranya pelaburan, perdagangan, semikonduktor dan pelancongan.
Sumber Facebook Anwar Ibrahim
