Sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini, saya sekali lagi tegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya membabitkan kumpulan industri dan maha kaya.
Hampir seluruh rakyat atau 85 peratus tidak akan terkesan dengan kenaikan ini.
Pembaharuan tarif kepada kumpulan industri dan golongan maha kaya ini penting untuk memastikan Kerajaan terus berupaya menambah peruntukan kepada sekolah, hospital dan bantuan-bantuan rakyat.
